Dalil Yakjuj Makjuj Kebenaran Mimpi Muhammad Qasim

• Benarkah Yakjuj Makjuj tidak bisa dibunuh?

"Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya."
[Sahih Muslim 2937]

Tidak ada dalil yang menyatakan yakjuj makjuj tidak bisa dibunuh, maksud hadis ini adalah yakjuj makjuj secara keseluruhannya tidak bisa diperangi/dikalahkan kerana jumlah mereka yang banyak.

Haram sesiapa yang percaya yakjuj makjuj bersifat immortal iaitu tidak akan terluka mahupun terbunuh ketika terkena sesuatu serangan kerna Allah berfirman:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai maut."
[Quran 3:185]

Jelas makhluk tidak ada yang bersifat immortal, andai yakjuj makjuj jatuh ke dalam gunung berapi sekalipun pasti akan musnah.

Menurut Mimpi Muhammad Qasim dia mengalahkan beberapa ekor yakjuj makjuj dengan melempar cahaya daripada Allah melalui jari telunjuknya untuk menyelamatkan umat islam. Perbuatan beliau bukan memusnahkan yakjuj makjuj keseluruhannya tetapi untuk menyelamatkan serta melarikan diri. 

Bahkan Muhammad Qasim sendiri mengakui yakjuj makjuj secara keseluruhannya akan dimusnahkan Allah ketika umat Islam telah berjaya melarikan diri bertemu Nabi Isa Alaihi Salam. Ini terjadi dengan bantuan Allah maka sepatutnya orang-orang beriman tidak hairan dengan pertolongan Allah dan hendaklah sentiasa merujuk kembali kepada al-Quran.

Surah Al-Anfal, Ayat 17:
Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

• Rupa bentuk Yakjuj Makjuj?

Rasulullah ﷺ bersabda: 
"Kalian mengatakan tidak ada musuh, padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yajuj Majuj. Mukanya lebar, matanya kecil, dan terdapat bulu-bulu yang kotor (penuh seperti haiwan). Mereka datang dari setiap arah dan wajah-wajah mereka seperti perisai (amat buruk)."
[Musnad Ahmad 5/27 Disahih Imam Qurtubi]

Jadi seharusnya umat Islam tidak berasa hairan ketika Muhammad Qasim menerangkan ciri-ciri yakjuj makjuj yang tidak menepati seperti tabiat manusia biasanya kerna pada dasarnya yakjuj makjuj telah hidup bertahun-tahun lamanya didalam tembok zulqarnain.

Rakyat Zulqarnain sendiri mengakui bahwa yakjuj makjuj adalah perosak bumi:

Surah Al-Kahfi, Ayat 94:
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

• Keadaan Tembok Zulqarnain Sekarang Ini?

Menurut Mimpi Muhammad Qasim bahwa yakjuj makjuj telah memecahkan penghalang untuk pergi ke terowong iaitu tempat dulu mereka keluar dan masuk.

“Nabi ﷺ bangun tidur dan beliau mengucapkan: “Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang semakin hampir, ketika ini benteng penghalang Yakjuj dan Makjuj telah terbuka seperti ini.” Nabi melingkarkan jari telunjuk dan ibu jarinya. Aku (Zainab) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sementara di tengah-tengah kami ada orang-orang soleh?” Beliau menjawab: “Ya, bila kemaksiatan telah bermaharajalela (menyebar).”
[Sahih Bukhari Dan Muslim]

Sehinggalah dekatnya hari kiamat, maka Allah akan menghancurkan tembok itu sepenuhnya.

Surah Al-Kahfi, Ayat 98:
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar"

• Kekuatan Yakjuj Makjuj?

Menurut Mimpi Muhammad Qasim bahwa yakjuj makjuj memiliki kepantasan berlari yang luar biasa dan mampu meloncat setinggi awan yang paling rendah.

Surah Al-Anbiya, Ayat 96:
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Yakjuj Makjuj adalah makhluk yang sangat pantas berlari sesuai seperti yang disebutkan dalam al-Quran 'turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi' menunjukkan loncatan tinggi mereka selepas berlari dengan cepat sehingga dipandangan mata mereka turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Sekian,
Rumusan Mohammad Arif Z. Brunei Darussalam

Comments

Popular posts from this blog

Emoji Berunsur Animasi Hidupan Adalah Syirik Di Zaman Moden | Kenapa Perlu Di Tinggalkan?

Kisah Allah Menghantarkan Pertolongan dari langit Dan Panji Hitam Jet Tempur Yang Canggih