Pengenalan Mimpi Muhammad Qasim

Nama beliau adalah
Muhammad Qasim Ibni Abdul Karim (yang bermaksud Muhammad yang memberi anak kepada hamba Allah yang Maha Pemurah) dari Negara Pakistan.
Allah Ta’ala dan Muhammad ﷺ telah memberitahuku untuk menyampaikan mimpiku kepada semua maka aku pun melakukannya jadi tolong jangan menyalahkanku. Sesungguhnya Rahmat Allah adalah untuk semuanya dan segalanya.

Aku hanya mahu menjadi sahabat Allah dan hanya Allah lah menjadi wakil bagi diriku.

Aku memiliki mimpi ini lebih daripada 26 tahun. Sejauh ini Aku menyaksikan Allah didalam mimpiku lebih daripada 460 kali manakala mimpi bertemu Nabi Muhammad adalah lebih daripada 250 kali.

Pertama kali ianya terjadi ketika aku berumur 12 tahun, aku menyaksikan Allah dan Nabi Muhammad dalam mimpiku.
Kemudian pada tahun 1993 semasa berumur 17 tahun. Selepas itu Allah dan Muhammad mulai selalu hadir didalam mimpiku dan perkara itu berterusan berlaku.

Sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad ﷺ adalah Nabi dan Rasul Allah yang terakhir. Aku hanyalah umat Nabi Muhammad ﷺ .

Di dalam banyak mimpiku, Allah berfirman:
"Qasim pergilah sebarkan dunia ini dengan Cahaya sebagaimana ianya dipenuhi dengan kegelapan."

Di dalam mimpi yang lain Allah berfirman:
"Aku lah yang akan mempertahankan Pakistan dan Aku lah yang akan menyelamatkan Pakistan."

Allah dan Muhammad ﷺ sering memberitahuku didalam mimpi bahawa Qasim sesungguhnya suatu hari nanti engkau akan mengeluarkan keseluruhan umat daripada kegelapan dan kemudian dunia ini akan menjadi aman tetapi semuanya (hendaklah) bermula dari Negara Pakistan.

Didalam mimpiku Allah dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memberikanku petunjuk ke jalan yang lurus.

Bermula dari tahun 2007, Allah dan Muhammad mula mengajarkanku dari mimpiku terhadap perkara yang harus aku lakukan dan juga yang harus aku hindari. Yang paling banyak adalah Allah dan Muhamad mengajarku untuk menjauhi segala bentuk syirik dan bagaimana menjadi seorang manusia yang baik (berakhlak).

Pada April 2014.
Allah dan Muhammad ﷺ
mula memberitahuku untuk menyampaikan mimpiku kepada semua orang lalu aku menyampaikannya kepada keluargaku, sahabat dan juga orang lain. Aku juga menyampaikannya melalui email kepada Tentera Pakistan Laman web rasmi dan juga laman rasmi kerajaan, Orang-orang yang berpengaruh di Pakistan dan laman web rasmi negara Islam tetapi kelihatannya tidak ada percaya denganku dan mimpiku dan mereka tidak mempedulikan halku. Selepas itu aku pun berhenti.

Pada Disember 2014. Muhammad ﷺ datang dua kali didalam mimpiku dalam satu malam. Baginda ﷺ bersabda bahwa aku hendaklah berkongsi mimpiku kepada semua orang untuk menyelamatkan Pakistan, untuk menyelamatkan Agama Islam. Aku merasa keliru, Aku memberitahu diriku bahawa bagaimanakah aku akan berkongsi mimpiku sedangkan mereka tidak mempercayaik. Apa lagi yang harus ku lakukan? Selepas itu Sekolah Peshawar diserang. Lalu aku memikirkankannya dan mengambil untuk berkongsi mimpiku di Internet.

Qasim menjelaskan dengan jujur bahawa dia hanyalah seorang manusia biasa dan bukanlah kuat agama. Aku hanya mengatakan perkara yang benar dan tidak berbohong. Aku hanya mengatakan dengan jujur dan tidak berbohong. Aku juga tidak kenapa Allah dan Nabi Muhammad ﷺ terus hadir dalam mimpiku.

Pada 1994. Allah memberitahuku dalam mimpi dari langit dan aku masih ingat firman Allah
“Qasim, sesungguhnya perkara yang Aku (Allah) janjikan denganmu. Aku tetap akan memenuhi semua janji tersebut dan seandainya aku gagal bererti Aku bukanlah Raja Seluruh Alam.”
Semenjak hari itu, aku tetap menunggu Allah bilakah janjiNya akan tiba? Bilakah aku akan berhenti daripada bersabar. Aku tidak pernah berputus asa daripada Rahmat Allah. Apabila aku merasa putus asa. Allah atau Muhammad ﷺ akan datang dalam mimpiku dan bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan Allah sebaik-sebaik dalam menguruskan.”

Aku merasa mendapat motivasi dengam ayat tersebut dan aku merasa baik semula.

January 2014. Allah berfirman dalam mimpi:
“Qasim, Sesungguhnya Aku (ALLAH) sudah mengujimu selama 20 tahun. Aku (ALLAH) mahu melihat apakah engkau terdiri daripada orang berputus asa dengan rahmat Allah ataupun bukan.”
Pada tahun 2003, musim panas, aku melihat dalam mimpiku bahawa Allah berfirman qasim tunggulah sampai tiba masanya JanjiKu sampai. Seandainya engkau memasukkan tangan ke arah emas ianya akan menjadi debu kecuali apabila tiba masa JanjiKu sekalipun engkau memasukkan tanganmu ke arah debu(lumpur) ianya tetap akan emas.
Pada tahun 2002, musim bunga. Aku melihat dalam mimpiku bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda: Wahai anak, janganlah berputus asa ke atas rahmat Allah. qasim, apabila masamu tiba bumi akan mengeluarkan khazanahnya. Pokok akan berbuah dengan lebat dan sediki daun. Akan terdapat banyak rezeki di atas rezekit. Tidak akan ada orang yang kekal dalam keadaan miskin dan keamanan akan ada dimana-mana dan tidak ada sesiapapun yang pernah merasakan masa tersebut sebelum ini.

Aku tidak melihat Allah didalam mimpiku, aku hanya merasakan Allah di atas Arasy,dan suara Allah datang dari arah sana, atau aku melihat cahaya(dinding) dan suara tersebut datang daripada sebalik cahaya atau Allah berfirman dari atas langit.

Dalam setiap mimpiku, aku merasakan Allah dekat kepadaku lebih dekat daripada urat leherku. Aku tidak melihat wajah Nabi Muhammad ﷺ aku hanya mampu melihat tubuh badannya.
Beberapa minggu yang lalu, aku melihat mata Nabi Muhammad ﷺ manakala didalam mimpi yang lain aku memeluk nabi dan merasakan seluruh tubuhku menjadi saksi bahwa aku memeluk Nabi Muhammad ﷺ . Aku bersalaman banyak kali dengan Nabi Muhammad, dan tanganku menjadi saksi bahwa aku benar-benar bersalaman dengan baginda ﷺ.

Aku melihat Nabi dan Rasul didalam mimpiku tapi aku hanya melihat wajah Nabi Sulaiman dan melihat Nabi Isa Alaihi Salam dalam mimpiku banyak kali.

Didalam mimpi yang lain, aku melihat dunia menjadi aman tapi dajjal akan keluar dari sesuatu tempat untuk menghancurkan keamanan dunia.

Pada mimpi yang lain, Aku nampak Nabi Isa Alaihi Salam turun dari langit dan yakjuj makjuj keluar ke seluruh bumi. Aku bersama dengan sedikit yang lainnya akan bergabung bersama Nabi Isa Alaihi Salam dan tinggal bersama baginda.

Pada 1993, apabila mimpi bermula aku menulisnya dalam buku nota dimana tertulis mimpiku dan berapa aku bermimpi Allah dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tetapi beberapa tahun kebelakangan aku kehingan buku nota semasa berpindah. Kesemua jumlah mimpi tersebut adalah lebih dari 800 kali.

Beberapa tahun yang lalu, Allah memberitahu Qasim sebelum tidur untuk membaca surah-ikhlas surah-falaq surah-naas agar shaitan tidak dapat mengangguku.

Perjalananku sangat panjang dan aku masih menunggu janji Allah. Aku tidak akan berputus asa setelah lebih daripada 20 tahun. Aku tidak tahu bila dan bagaimana aku sampai kepada takdirku kerana hanya Allah lebih Maha Mengetahui.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalil Yakjuj Makjuj Kebenaran Mimpi Muhammad Qasim

Emoji Berunsur Animasi Hidupan Adalah Syirik Di Zaman Moden | Kenapa Perlu Di Tinggalkan?

Kisah Allah Menghantarkan Pertolongan dari langit Dan Panji Hitam Jet Tempur Yang Canggih